Monday, December 12, 2011

Sunday, December 11, 2011

Kenduri Buaian

Adat Resam Dalam
Kenduri Buaian Kaum India



 Majlis ini diadakan pada hari enam belas kelahiran bayi. Majlis ini akan diadakan di rumah keluarga pihak perempuan.



Pada hari tersebut, bayi yang baru lahir akan dimandikan dengan menggunakan tiga jenis minyak iaitu Minyak Kelapa, Minyak  Jarak dan Minyak Lenga. Selepas bayi dimandikan , upacara sembahyang akan diadakan.


Kemudian , Orang tua bagi keluarga perempuan  akan memakai  sembilan gelang tangan yang berwarna hitam dan 'Vasambu' pada tangan bayi. Tujuannya adalah untuk mengelakkan bayi daripada muntah mengikut kepercayaan nenek moyang Kaum India. Gelang tangan akan dibuang satu persatu pada  setiap mandian sehingga habis.

Selepas itu , orang tua[perempuan] dalam keluarga akan menyebut nama bayi tersebut sebanyak tiga kali  pada telinga bayi . 



Kemudian, bayi tersebut akan dimasukkan ke dalam buaian. Nenek kepada bayi  tersebut akan mengayunkan buaian sambil menyanyi  lagu klasik kanak-kanak.


Akhirnya , orang ramai akan dijemput  untuk menjamu selera hidangan. Makanan akan dihidangkan dengan menggunakan daun pisang. Antara makanan yang akan dihidang ialah kuih-muih,nasi,kari,dan makanan tradisional yang lain.





MAKANAN TRADISIOANAL KAUM INDIA

MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA


THOSAI

Thosai merupakan makanan kegemaran orang India. Makanan ini menjadi menu utama dalam hidang Hari Deepavali. Thusai sedap dimakan dengan kuah yang digelar 'sandhini'.





 
IDHILI

Idhili juga merupakan makanan sampingan dalam menu hidangan kaum India pada Hari Deepavali. Idhili sedap dimakan dengan ' sandhini' atau kari ayam, kari dal dan sebagainya.








MURUKU

Muruku merupakan makanan kegemaran bukan sahaja Kaum India malah Kaum-kaum lain di Malaysia. Muruku  sangat ranggup dan sedap untuk dimakan.







KUIH RAWA URUNDAI

Kuih Rawa Urundai merupakan kuih yang kurang manis. Pada masa ini , ramai tidak mengenali kuih ini. Ramuan kuih ini ialah tepung suji, gula, garam, buah kismis, buah pelaga dan minyak sapi. 









KUIH NEI URUNDAI

Kuih Nei Urundai ini merupakan kuih yang manis . Rupanya sama seperti kuih Rawa Urundai . Tetapi kuih ini lebih manis daripada kuih Rawa urundai. Kuih sangat lembut dan mudah rapuh apabila dipegang.Ramuan kuih ini ialah tepung kacang hijau, gula, garam, buah gajus, buah pelaga, kismis dan minyak sapi. Kanak-kanak suka makan kiuh ini.







KUIH  JILLEBHI

Kuih Jillebhi sangat manis. Rupanya seperti muruku . Kuih ini sedap untuk dimakan.






 
KUIH ATHIRASAM

 Kuih Athirasam merupakan kuih manis. Bentuknya sama seperti kuih donat. Ramuan kuih ini ialah tepung beras, gula merah, buah pelaga, garam , kelapa parut dan minyak masak. Kuih tahan sehingga enam bulan.







KUIH MAISUR PAHKU

Kuih Maisur Pahku ini merupakan kuih manis.




KUIH ALVA

Kuih Alva juga merupakan kuih manis dan ruapanya seperti kuih dodol. Warna kuih ini ialah merah.




KUIH PAAL GUVA

Kuih Paal Guva adalah kuih manis dan dan lembut. Ramuan kuih ini ialah susu segar lembu, gula dan garam.





LADHU

Kuih Ladhu merupakan makanan manis. Kuih ini mudah rapuh apabila dipegang. Ramuan kuih ini ialah
tepung kuda, buah ceri, buah gajus, buah kismis, pewarna, gual, garam dan minyak sapi. kuih ini sedap untuk dimakan.

ADAT RESAM DALAM PERKAHWINAN KAUM INDIA

ADAT RESAM DALAM PERKAHWINAN KAUM INDIA

DEWAN PERKAHWINAN KAUM INDIA


KERETA PENGANTIN

Kereta pengantin dihias dengan riban dan bunga-bungaan dengan cantik. Saudara-mara sedang menuggu ketibaan pengatin lelaki.

Ketibaan Pengantin Lelaki.





Pengantin dijemput ke dewan perkahwin dengan meniris 'panir' (air mawar). Pengikut pengantin lelaki membawa hantaran seperti sari, gelang tangan, cincin tangan dan cincin kaki untuk pengantin perempuan.


Pengantin lelaki di jemput masuk ke dewan perkahwinan  selepas meniris 'panir' dan meletak 'pothu'  pada dahinya.

Adik lelaki pengantin perempuan membawa naik pengantin lelaki ke pelamin.

Adik lelaki pengantin perempuan duduk  di sebelah pengantin lelaki untuk menjalankan upacara perkahwinan.

                                                       Sami memulakan upacara perkahwinan.

Pengantin lelaki  dikalung dengan bunga malai oleh pengiring pengantin lelaki.

Pengiring pengantin lelaki memberikan pakaian dan bunga malai yang perlu dipakai semasa upacara persandingan dengan pengantin perempuan kepada pengantin lelaki bagi pihak keluarga pengantin perempuan.



Pengantin perempun diiringi oleh adik perempuan pengantin lelaki ke pelamin untuk menjalankan upacara perkahwinan. Pengantin perempuan   memakai sari    pertunangan   pada hari perkahwinan .



                  Ibu pengantin perempuan meniris air mawar dan meletakkan pothu di dahi anaknya.

                 Adik perempuan pengantin lelaki membawa naik pengantin perempuan ke pelamin.

                Sami menjalankan upacara perkahwinan dan meminta pengantin perempuan supaya berdoa.

             Pengantin perempuam dikalungkan bunga malai  oelh pengiring pengantin perempuan.

Pengiring pengantin perempuan memberikan pakaian perkahwinan dan bunga malai yang perlu dipakai semasa upacara persandingan.

Sami meminta persetujuan ikhlas daripada kedua-dua pihak pengantin untuk meneruskan upacara perkahwinan .

                       Pengantin lelaki bersedia untuk mengikat 'thali' pada leher pengantin perempuan.

Pengantin lelaki mengikat 'thali' pada leher pengantin perempuan apabila sami memberi keizinan kepadanya.

                                 Pengantin lelaki meletakkan 'pothu' pada dahi pengantin perempuan.
                                   Pengantin lelaki  memakai cincin pada jari kaki pengantin perempuan.

                Adik lelaki pengantin perempuan memakai cincin pada jari kaki pengantin lelaki.
                                Kedua-dua ibu bapa merestui pasangan  pengantin yang baru kahwin.

Sami menyediakan sebuah periuk yang berisi susu dan memasukkan sebentuk cincin emas kedalamnya. Sami meminta pasangan pengantin supaya berebut-rebut secara serta-merta untuk mendapatkannya. Pengantin yang berjaya mendapat cincin emas, akan  menjadi miliknya. Tujuan adalah untuk menyemai nilai tolakransi pada diri pasangan pengantin tersebut.

      Pasangan pengantin dijemput menjamu hidangan bersama dengan kedua-dua ahli keluarga.

Akhirnya, pengantin perempuan dihantar ke rumah pengantin lelaki.