Sunday, December 11, 2011

MAKANAN TRADISIOANAL KAUM INDIA

MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA


THOSAI

Thosai merupakan makanan kegemaran orang India. Makanan ini menjadi menu utama dalam hidang Hari Deepavali. Thusai sedap dimakan dengan kuah yang digelar 'sandhini'.





 
IDHILI

Idhili juga merupakan makanan sampingan dalam menu hidangan kaum India pada Hari Deepavali. Idhili sedap dimakan dengan ' sandhini' atau kari ayam, kari dal dan sebagainya.








MURUKU

Muruku merupakan makanan kegemaran bukan sahaja Kaum India malah Kaum-kaum lain di Malaysia. Muruku  sangat ranggup dan sedap untuk dimakan.







KUIH RAWA URUNDAI

Kuih Rawa Urundai merupakan kuih yang kurang manis. Pada masa ini , ramai tidak mengenali kuih ini. Ramuan kuih ini ialah tepung suji, gula, garam, buah kismis, buah pelaga dan minyak sapi. 









KUIH NEI URUNDAI

Kuih Nei Urundai ini merupakan kuih yang manis . Rupanya sama seperti kuih Rawa Urundai . Tetapi kuih ini lebih manis daripada kuih Rawa urundai. Kuih sangat lembut dan mudah rapuh apabila dipegang.Ramuan kuih ini ialah tepung kacang hijau, gula, garam, buah gajus, buah pelaga, kismis dan minyak sapi. Kanak-kanak suka makan kiuh ini.







KUIH  JILLEBHI

Kuih Jillebhi sangat manis. Rupanya seperti muruku . Kuih ini sedap untuk dimakan.






 
KUIH ATHIRASAM

 Kuih Athirasam merupakan kuih manis. Bentuknya sama seperti kuih donat. Ramuan kuih ini ialah tepung beras, gula merah, buah pelaga, garam , kelapa parut dan minyak masak. Kuih tahan sehingga enam bulan.







KUIH MAISUR PAHKU

Kuih Maisur Pahku ini merupakan kuih manis.




KUIH ALVA

Kuih Alva juga merupakan kuih manis dan ruapanya seperti kuih dodol. Warna kuih ini ialah merah.




KUIH PAAL GUVA

Kuih Paal Guva adalah kuih manis dan dan lembut. Ramuan kuih ini ialah susu segar lembu, gula dan garam.





LADHU

Kuih Ladhu merupakan makanan manis. Kuih ini mudah rapuh apabila dipegang. Ramuan kuih ini ialah
tepung kuda, buah ceri, buah gajus, buah kismis, pewarna, gual, garam dan minyak sapi. kuih ini sedap untuk dimakan.

1 comment:

  1. tq for this information... i really like to eat thosai.. my fav indian food... :D

    ReplyDelete