Sunday, December 11, 2011

Kenduri Buaian

Adat Resam Dalam
Kenduri Buaian Kaum India



 Majlis ini diadakan pada hari enam belas kelahiran bayi. Majlis ini akan diadakan di rumah keluarga pihak perempuan.



Pada hari tersebut, bayi yang baru lahir akan dimandikan dengan menggunakan tiga jenis minyak iaitu Minyak Kelapa, Minyak  Jarak dan Minyak Lenga. Selepas bayi dimandikan , upacara sembahyang akan diadakan.


Kemudian , Orang tua bagi keluarga perempuan  akan memakai  sembilan gelang tangan yang berwarna hitam dan 'Vasambu' pada tangan bayi. Tujuannya adalah untuk mengelakkan bayi daripada muntah mengikut kepercayaan nenek moyang Kaum India. Gelang tangan akan dibuang satu persatu pada  setiap mandian sehingga habis.

Selepas itu , orang tua[perempuan] dalam keluarga akan menyebut nama bayi tersebut sebanyak tiga kali  pada telinga bayi . 



Kemudian, bayi tersebut akan dimasukkan ke dalam buaian. Nenek kepada bayi  tersebut akan mengayunkan buaian sambil menyanyi  lagu klasik kanak-kanak.


Akhirnya , orang ramai akan dijemput  untuk menjamu selera hidangan. Makanan akan dihidangkan dengan menggunakan daun pisang. Antara makanan yang akan dihidang ialah kuih-muih,nasi,kari,dan makanan tradisional yang lain.





No comments:

Post a Comment